Islam merupakan agama yang menyeluruh. Setiap aspek di dalam kehidupan dititik berat oleh Islam dari bangun tidur sehinggalah sebelum tidur. Oleh, dalam soal hubungan suami isteri juga tidak terlepas dari hukum-hukum syarak bagi memastikan keharmonian rumah tangga, kesihatan para penganutnya dan semestinya menjamin keredhaan dari Allah SWT.
Satu soalan yang agak meruncing di dalam kalangan masyarakat Islam pada hari ini khususnya dalam hubungan suami isteri adalah, "Apakah hukum suami tertelan susu dada isteri?" Menjawab persoalan ini, penulis menemui satu sumber yang memberikan jawapan yang ringkas tetapi cukup bermanfaat.
Pertama sekali, para ulama sepakat menyatakan bahawa Islam membolehkan suami menjilat puting dada isteri ketika melakukan hubungan. Malah, perkara ini amat dianjurkan oleh Islam bagi menjamin kepuasan hubungan seksual suami isteri.
Seterusnya, susu dada isteri itu sebenarnya hak si anak bukan si suami. Namun, jika suami terminum susu dada isteri, tidaklah menjadikan isteri sebagai ibu susuannya.
Walaubagaimana pun, jelas haram hukumnya jika perbuatan suami itu membawa kepada jangkitan kuman kepada bayi dan mengurangkan susu untuk anak menyusu dengan ibunya.
0 Response to "Hukum Suami Terminum Susu Dada Isteri"
Post a Comment