Tiba sahaja bulan Ramadhan, pasti banyak kemusykilan mengenai agama yang timbul berhubung ibadat di dalam bulan yang mulia ini tidak kira dari ibadah puasa, terawih, zakat dan sebagainya mula timbul dari umat Islam. Kali ini penulis ingin bincangka mengenai satu persoalan yang agak sensitif tetapi penting untuk dibincangkan kerana penulis amat pasti ia akan berlaku kepada diri kita. Penulis meminta maaf sekiranya topik perbincangan ini terlalu sensitif dan membuat mana-mana pihak tidak senang di dalam bulan yang mulia, penulis hanya ingin berkongsi ilmu yang bagi penulis amat penting dikongsikan pada bulan Ramadhan seperti ini.
Persoalannya di sini adalah, "Adakah sah puasa sekiranya masuk subuh dalam keadaan junub?" Kemusykilan ini amat bermakna buat suami isteri kerana di siang hari sudah dilarang untuk bersama atau bersetubuh kerana perkara tersebut boleh membatalkan puasa. Jadi, hanya pada waktu malam untuk para suami isteri bersama dan ini membawa kepada mereka berhadas besar. Pada hari-hari biasa sebelum bulan Ramadhan, mungkin mereka akan mandi junub apabila hendak solat subuh atas faktor kedinginan pada waktu malam. Walau bagaiamanapun, puasa bermula apabila waktu fajar, iaitu memasuki waktu subuh sehingga terbenam matahari iaitu memasuki waktu maghrib. Dari sinilah timbul kemusykilan, sahkah puasa kita sekerinya masih dalam keadaan junub ketika memasuki waktu subuh?
Jawapan yang jelas mengenai persoalan tersebut muncul di dalam surah al-Baqarah, ayat 187.
Di dalam beberapa hadis:
Dari ‘Aisyah dan Ummu Salamah RA , mereka berkata,
Isteri tercinta Nabi SAW , ‘Aisyah RA berkata,
“Nabi SAW pernah memasuki waktu fajar (waktu Shubuh) dalam keadaan junub kerana bersetubuh dengan isterinya, kemudian Baginda SAW mandi dan tetap berpuasa.”
Isteri tercinta Nabi SAW , ‘Aisyah RA berkata,
“Rasulullah SAW pernah menjumpai waktu fajar di bulan Ramadhan dalam keadaan junub bukan kerana mimpi basah, kemudian Baginda SAW mandi dan tetap berpuasa.”
Seterusnya yang kedua, Baginda dalam keadaan junub kerana jimak. Hal ini kerana, Nabi SAW tidaklah pernah ihtilam (mimpi basah). Mimpi basah hanyalah dari setan, sedangkan Baginda sendiri adalah orang yang maksum.
Jadi dari jelaslah bahawa, adalah sah puasa seseorang itu sekiranya memasuki waktu subuh dalam keadaan junub. Namun disarankan sebaiknya mandi lebih awal terutamanya para lelaki kerana mereka dituntut untuk solat subuh berjemaah di masjid.
0 Response to "Adakah Sah Puasa Sekiranya Masuk Subuh Dalam Keadaan Junub"
Post a Comment