SAYU! Wanita Dengan Berat Hati Terima Suami Maut Bersama Isteri Rahsia


Seorang isteri dengan berat hati apabila mendengar berita tentang suaminya yang maut di dalam satu kemalangan di Jalan Johor Bahru-Mersing. Namun, menambahkan lagi kesedihan yang ditanggung adalah, suaminya telah maut bersama-sama ibu mertuanya dan isteri rahsia suaminya. "Saya hanya mengetahui dia mempunyai isteri yang kedua setelah kemalangan tersebut berlaku". Begitulah kata-kata Farah Fadila Faizal, 27 yang mengetahui berita kemalangan suaminya menerusi mesej dari rakannya melalui aplikasi WhatsApp.

Abdullah Suhaime Abdul Rahman, 30, Rahayu Abas, 29 dan serta ibu Suhaime, Rokiah Abu Bakar, 52 telah maut di tempat kejadian. Abdullah Suhaime sebelum ini bekerja sebagai pembantu juru X-Ray di Hospital Sultanah Aminah (HSA). Manakala, Rahayu Abas merupakan seorang jururawat di HSA. Kereta Ford Fiesta yang dinaiki mereka telah berlanggar dengan sebuah lori pasir ketika dipandu oleh Rahayu Abas dan menyebabkan pemandu lori cedera di mata.

Farah Fadilah yang telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya itu selama 2 tahun dan sedang hamil empat bulan menceritakan bahawa, suaminya memaklumkan kepadanya akan menghadiri kursus selama beberapa hari. Dia tidak tahu bahawa ibu mertua dan 'isteri rahsianya' itu pergi sekali sehinggalah kemalangan tersebut berlaku.

Dia turut menceritakan ada menghantar pesanan ringkas kepada suaminya itu untuk mengadu sakit kaki. Namun, tidak dibalas oleh suaminya. 
Sementara itu, menurut adik Abdullah Suhaime, Maizatul, 25, menceritakan bahawa Rahayu merupakan isteri kedua abangnya. Mereka baru menikah 3 hari lepas di Terengganu.

Menurut Ketua Polis Kota Tinggi, kejadian berlaku disebabkan Ford Fiesta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori pasir yang datang dari arah Johor Bahru. Kejadian berlaku di jalan lurus, jalan berkembar dan terdapat garisan berkembar.

0 Response to "SAYU! Wanita Dengan Berat Hati Terima Suami Maut Bersama Isteri Rahsia"

Post a Comment