KANTOI! Perbuatan Jijik Rakan Serumah Selama Dua Bulan Terbongkar


Kuala Lumpur - Tindakan jijik seorang pelajar lelaki kepada rakan serumahnya yang wanita selama dua bulan akhirnya terbongkar jua pada kejadian 9 pagi 7 Jun lalu. Difahamkan, sekumpulan pelajar lelaki dan perempuan dari sebuah kolej swasta menyewa rumah di Taman Bunya Raya, Wangsa Maju di mana pelajar lelaki menghuni di tingkat atas manakala pelajar perempuan menghuni di tingkat bawah.

Segalanya bermula apabila tandas di tingkat bawah tidak berfungsi dan ini menyebabkan pelajar perempuan terpaksa menggunakan tandas ditingkat atas. Perkara ini telah dijadikan peluang untuk pelajar lelaki berusia 20 tahun itu bertindak menyorok di dalam syiling dan merakam gambar ketika rakan serumah mereka yang wanita mandi.

Selepas dua bulan, barulah salah seorang daripada pelajar wanita tersebut perasan terdapat seseorang yang sedang merakamnya mandi dari syiling pada kejadian jam 9 pagi tersebut. Dia bertindak mengejar pelajar lelaki terbabit sehingga mendapat telefon bimbit yang digunakan untuk merakam gambarnya. Hasil siasatan, pelajar perempuan terbabit menemui 12 rakaman video mereka yang sedang mandi.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju memaklumkan bahawa, setakat ini tiga dari mangsa yang berusia antara 18-21 tahun telah tampiil membuat laporan. Menurutnya lagi, suspek berusia 20 tahun dikenali sebagai Wong Yeong Jian dipercayai dari Taman Sri Putra, Sungai Buluh.

Suspek dikatakan telah melarikan diri dan tidak hadir ke kolej sejak kejadian itu.

0 Response to "KANTOI! Perbuatan Jijik Rakan Serumah Selama Dua Bulan Terbongkar"

Post a Comment