PULAK DAH! Gambar Puteri Balqis Dikecam Ramai


Inilah gambar pelakon cilik negara, Puteri Balqis yang telah mendapat pelbagai komen dari orang ramai kerana membuat simbol tangan sebegitu. Pelakon yang telah menggegarkan Anugerah Skrin pada 2014 ini apabila memenangi Pelakon Drama Wanita Terbaik kini mendapat banyak perhatian daripada peminat industri hiburan tanah air.

Di Instagram, walaupun tidak setanding mama hot, Nora Danish namun Puteri Balqis mempunyai peminatnya yang tersendiri dan kini followersnya mencecah hampir 200k. Menerusi gambar yang menjadi topik utama artikel ini, Puteri Balqis meneremi pelbagai komen, ada yang mengatakn simbol tersebut sebagai simbol rock sahaja, ada yang mengatakan ia simbol Yahudi, tidak kurang juga yang mengatakan ia simbol syaitan. 
Menerusi komen-komen tersebut, penulis dapat tahu yang ada komen telah dipadam oleh Puteri Balqis, malah ada account yang telah diblock olehnya. 

Sementara itu, ada juga peminat yang lebih rasional di mana memberi teguran dengan baik semata-mata untuk melihat Puteri Balqis menjadi seorang anak yang solehah dan insan yang akan berjaya di dunia dan di akhirat. Mereka menasihati adik Balqis supaya menutup aurat, dan membayangkan pasti pelakon cilik ini kelihatan lebih manis apabila menutup aurat. Malah akan dihormati sepanjang kariernya oleh semua pihak.

Seperti biasa, ada pula yang membalas pelakon ini masih kecil dan terlalu awal untuk kita menegurnya mengenai menutup aurat dan perkara-perakara seperti simbol syaitan mahupun yahudi seperti itu. 


Apa pun, bagi penulis Puteri Balqis sememangnya seorang pelakon cilik yang cukup berbakat, dengan rupa dan caranya yang comel molek cukup disenangi para peminatnya. Inilah asam garam berada di dalam industri hiburan, kita akan menerima pelbagai pujian dari pelbagai pihak dan dalam masa yang sama kita akan mendapat pelbagai kecaman dari orang ramai. Itulah realiti yang perlu dihadapi oleh adik Balqis apabila bergiat di dalam dunia artis. Masih banyak yang akan dilalui oleh Puteri Balqis, pelbagai persimpangan yang perlu dilalui, semoga kekal positif dan bijak dalam membuat pilihan dan tindakan.

0 Response to "PULAK DAH! Gambar Puteri Balqis Dikecam Ramai"

Post a Comment