MESTI BACA!! Aplikasi Whatsapp TIDAK SELAMAT??


Kelmarin, sebuah yayasan yang menjalankan kajian terhadap pengintipan internet telah menyenaraikan aplikasi mesej yang paling terkenal pada hari ini, WhatsApp sebagai aplikasi yang paling teruk dalam melindungi data pengguna daripada diintip oleh kerajaan. Selain WhatsApp, mereka juga mengatakan bahawa, laman Google dan perisian Microsoft juga antara yang lemah dalam melindungi data para pengguna.

Yayasan Sempadan Elektronik yang berpangkalan di London tersebut mengkritik hampir keseluruhan aspek dan ciri WhatsApp di dalam laporan yang bertajuk, 'Who Has Your Back?' Sebagaimana yang kita semua tahu, WhatsApp merupakan sebuah perisian yang dimiliki oleh Facebook. Namun, Yayasan Sempadan Eloktronik menyatakan bahawa laman sosial terbesar itu tidak seperti WhatsApp. WhatApp cukup merbahaya kerana berkeupayaan untuk membongkarkan data-data para penggunanya kepada kerajaan sekiranya diperlukan.

Menurut laporan Yayasan Sempadan Elektronik tersebut, mereka sudah memberi tempoh setahun kepada syarikat tersebut untuk membetulkan kelemahan yang telah dinyatakan, namun tiada obligasi yang wajar dilakukan oleh WhatsApp. Perkara ini memaksa yayasan tersebut memasukkan mereka di dalam laporan tersebut.
Yayasan Sempada Elektronik menyenaraikan beberapa syarikat gergasi elektronik yang lulus dengan lima kriteria keselamatan yang disenaraikan mereka, antaranya, Apple, Adobe, Dropbox, Wikimedia, Wordpress dan Yahoo. 

Laporan itu meletakkan lima kriteria kepada syarikat teknologi iaitu sama ada mereka mengikut amalan terbaik untuk keselamatan data, memberitahu pengguna apabila kerajaan memerlukan data, terbuka tentang dasar tentang pengekalan data, mendedahkan apabila kerajaan meminta supaya kandungan dibuang, dan secara terbuka menentang jalan lain yang membolehkan kerajaan mendapat akses mudah kepada data tersebut.

0 Response to "MESTI BACA!! Aplikasi Whatsapp TIDAK SELAMAT??"

Post a Comment