GEMPAR! Penganjuran Miss Earth Malaysia Di Ipoh Pada Bulan Ramadhan Dapat Bantahan?



Ipoh: Dewan Pemuda Pas (DPP) Perak tampil membuat bantaha kepada kerajaan negeri atas penganjuran Miss Earth Malaysia 2014 di Ipoh Perak pada 20 Julai ini.

"Kami difahamkan penganjuran tersebut bakal diadakan di sebuah hotel sebagaimana yang telah tersebar di laman sosial." Jelas Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss, Ketua Dewan Pemuda Pas Perak.

“Kami mahu tahu adakah ia benar-benar akan diadakan di Perak ketika umat Islam sedang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan.
Dr. Raja Ahmad Iskandar juga membantah perkara tersebut kerana, pada tarikh 20 Julai ini masih berada dalam tempoh rakyat berkabung atas kemangkatan Sultan Azlan Shah.

Katanya, jika pertandingan itu cuma hebahan palsu, justeru beliau meminta pihak polis menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat tersebut. Perkara ini seolah-olah cuba menyentuh sensitiviti agama kerana pertandingan seperti itu dilakukan pada bulan Ramadhan ketika mana umat Islam sedang mengerjakan ibadah puasa.


0 Response to "GEMPAR! Penganjuran Miss Earth Malaysia Di Ipoh Pada Bulan Ramadhan Dapat Bantahan?"

Post a Comment