~Al-Fatihah~ Datuk Sharifah Aini Kembali Ke Rahmatullah


Industri hiburan tanah air digemparkan dengan berita kematian Datuk Sharifah Aini yang telah kembali ke Rahmatullah pada jam 1:26 pagi tadi di Pusat Perubatan Pakar Damansara.

Menurut sumber,  biduatina negara ini meninggal atas faktor jangkitan pada paru-paru.

Oleh kerana mengalami masalah kesukaran bernafas, penyanyi terkenal panjang zaman itu telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada Selasa lalu oleh anaknya, Aliff Omar.

Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu, lapor Astro Awani.

0 Response to "~Al-Fatihah~ Datuk Sharifah Aini Kembali Ke Rahmatullah"

Post a Comment