NEGARA GEMPAR LAGI! Biar Betul Bekir Hadiahkan Ferrari Pada Anak Umur 8 Tahun??



“Sejak anak kecil, dia minat Ferrari jadi saya telah belikan Ferrari kepadanya.


Dengan selamba, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib Mahmud menjelaskan kepada mahkamah bahawa dia membelikan Ferrari untuk anaknya, Raden Murya sewaktu anaknya berumur 8 tahun.

Bercakap pada perbicaraan tuntutan mutaah RM100 juta terhadap beliau oleh bekas isterinya, Bekir berkata kereta itu dibeli kerana anaknya itu terlalu minatkan kereta Ferrari.

Kereta itu yang dibeli atas namanya kemudian ditukar kepada nama anaknya sendiri selepas beliau cukup umur 18 tahun.
“Dulu beli masa anak saya masih kecil, saya beli kereta tersebut atas nama saya, sekarang saya sudah tukarkan kepada nama anak,” katanya sewaktu disoal peguam beliau, Datuk Seri Zainul Rijal Abu Bakar di Mahkamah Tinggi Syariah hari ini.
Beliau kemudiannya menjelaskan lagi kepada wartawan yang hadir ketika di luar mahkamah bahawa Ferrari Modena 370 tersebut berharga RM950,000 pada tahun 2001.

Related Posts :

0 Response to "NEGARA GEMPAR LAGI! Biar Betul Bekir Hadiahkan Ferrari Pada Anak Umur 8 Tahun??"

Post a Comment