KASIH ABANG! Berjalan Dukung Adik Sejauh 500 Meter Selepas Ditinggalkan Pencuri


Semalam seorang ibu tabah melalui detik-detik yang paling mencabar dalam hidupnya apabila keretanya dibawa lari oleh pencuri bersama-sama dua orang anaknya yang berusia 9 tahun dan 3 bulan. Ibu kanak-kanak tersebut melalui ujian yang amat berat ini ketika dia hendak menghantar anaknya itu ke rumah pengasuh di sekitar Puchong. 

Dua beradik tersebut ditemui seorang pekerja kilang berumur 58 tahun selepas ternampak dua beradik itu sedang berjalan kaki sambil mendukung adiknya dengan menggalas beg sekolah di kawasan perindustrian Puchong Jaya iaitu 5 km dari lokasi dia dilarikan.

Pekerja kilang tersebut yang melihat alamat pengasuh melalui buku kanak-kanak terbabit dan mendapati lokasinya tidak begitu. Lalu dia membuat keputusan untuk menghantar kanak-kanak tersebut ke rumah pengasuh terlebih dahulu sebelum membuat laporan polis.

Ketika tiba, orang ramai dan polis berada di rumah pengasuh tersebut, pekerja kilang tersebut menceritakan lagi bahawa dia melihat ibu kanak-kanak terbabit seperti hendak pitam selepas melihat dua anaknya itu.

Related Posts :

0 Response to "KASIH ABANG! Berjalan Dukung Adik Sejauh 500 Meter Selepas Ditinggalkan Pencuri"

Post a Comment