TERBONGKAR ! Rupanya Ini Punca Sebenar Lelaki Ini Nampak Seperti Budak-Budak Walaupun Dah Tua!


Beberapa hari yang lalu gempar di media sosial tentang sebuah majlis perkahwinan sepasang remaja di usia muda. Apa yang menjadikan perkara ini viral adalah kerana pengantin lelaki kelihatan terlalu muda seperti berumur 12 tahun. Namun, mari kita dengar penjelasan sebenar mengapa pengantin lelaki tersebut kelihatan terlalu muda.

Sebenarnya, pengantin lelaki, Mahamad Fitra Mahamad Tahid sudah pun berusia 20 tahun, manakala pasangannya, Nurul Syazwani Mustafa pula berusia 19 tahun. Bukanlah suatu perkara yang agak ganjil orang-orang di Malaysia pada hari ini berkahwin pada usia tersebut. Namun, pasangan ini mendapat perhatian kerana pengantin lelaki kelihatan terlalu muda. 

Hal ini demikian kerana, Mahamad Fitra dikatakan menghidap Talasemia Major sejak berusia 10 bulan lagi. Tindakan kakak sulungnya, Atikah Farisyaa, 24 tahun mengongsi gambar tersebut di laman Facebook menjadikan perkahwinan mereka mendapat perhatian para Netizen.






P/S: Penulis ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada pasangan 'pengantin muda' ini yang selamat diijab kabulkan. Apa-apa marilah kita doakan agar pasangan ingin kekal sehingga ke anak cucu, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segalanya buat mereka. InsyaAllah. Amin.

0 Response to "TERBONGKAR ! Rupanya Ini Punca Sebenar Lelaki Ini Nampak Seperti Budak-Budak Walaupun Dah Tua!"

Post a Comment