PANAS ! Baru Sehari Kahwin, Tapi Rahsia Paling Besar Anzalna Dah TERBONGKAR !


Muhamad Hanis Muhammad Zaki dan Anzalna Nasir telah selamat diijabkabulkan beberapa hari yang lalu dan merupakan antara perkahwinan selebriti yang begitu mendapat tumpuan para peminat industri hiburan tanah air.

Muhammad Hanis, 28 tahun menceritakan tentang beberapa cabaran yang terpaksa dilalui dalam memikat hati jodohnya yang merupakan artis cantik yang begitu dikenali tersebut kira-kira 10 tahun yang lalu. Pengantin lelaki tersebut menceritakan bahawa dia cuba mendekati Anzalna di laman MySpace pada tahun 2006 namun ternyata teramatlah sukar untuk dia memikat Anzalna dan Anzalna sepertinya langsung tidak berminat kepadanya ketika itu.

Dikatakan hubungan mereka bermula di lamam sosial MySpace pada suatu ketika dahulu dan kemudiannya mereka berbual di laman perbualan online MSN namun masih lagi di dalam friendzone. Muhammad Hanis menceritakan lagi bahawa hubungan mereka itu pernah terpetus apabila Anzalna dan keluarganya berpindah ke Australia.


Tidak berputus asa di situ, Muhammad Hanis menceritakan lagi dia kembali memburu cinta Anzalna pada tahun 2011 di laman Facebook. Walaubagaimana pun, pada ketika itu Anzalna sudah pun bergelar sebagai artis, sekali gus melemahkan lagi keyakinannya untuk memikat hati seorang gadis secantik Anzalna yang bergelar artis.

Melalui laman Facebook, Muhammad Hanis berjaya menjejak semula Anzalna dan mereka kembali in touch melalui ruangan chat di Facebook. Segalanya bermula apabila Anzalna menerima pelawaan Muhammad Hanis untuk bersua muka buat kali pertama.

Pada saat itu dikatakan, Anzalna baru sahaja selesai sesi photoshoot bersama-sama beberapa pelakon lelaki yang lain dan membuatkan Muhammad Hanis semakin berdebar-debar untuk menemui Anzalna yang dibayangi oleh artis-artis. Tiba di Pavilion, Anzalna dan artis-artis lain sudah pun beralih ke lokasi lain. Akhirnya mereka berjumpa dia sebuah restoran berdekatan.

Sepanjang mereka menjalinkan hubungan cinta bersama, tiada sebarang masalah rumit yang timbul di antara mereka. Tambah Muhammad Hanis lagi. 

Anzalna menjelaskan lagi bahawa dia bukanlah berniat untuk jual mahal dengan suaminya itu, namun memilih untuk berhati-hati dan tidak mudah mempercayai lelaki.


0 Response to "PANAS ! Baru Sehari Kahwin, Tapi Rahsia Paling Besar Anzalna Dah TERBONGKAR !"

Post a Comment