Jangan Pasang Ayat-Ayat Ruqyah Dalam Kereta Anda

gambar hiasan

Jangan Pasang Ayat-Ayat Ruqyah Dalam Kereta Anda

Awas, jika anda atau ahli keluarga mempunyai masalah dengan gangguan makhluk halus sama ada diketahui atau tidak diketahui, seeloknya tidak memasang ayat-ayat Ruqyah ketika memandu.

Sebagaimana yang kita tahu dari pengamal perubatan Islam, Ustaz Sharhan Syafie, orang yang mempunyai gangguan makhluk halus akan memberi respon apabila mendengar ayat-ayat Ruqyah. Antara respon yang biasanya berlaku jika seseorang itu didampingi makhluk halus adalah mengantuk, muntah-muntah, jantung berdegup kencang, berasa ada benda bergerak di bawah kulit, sendawa, pening dan mual.

Jadi, respon-respon seperti ini pastinya membahayakan nyawa kita ketika sedang memandu. Perkara ini dikongsi oleh seorang rakan di Facebook yang tidak mahu didedahkan namanya, di mana pernah berlaku kemalangan oleh kerana memasang ayat-ayat Ruqyah di dalam kereta ketika memandu.

Benar atau tidak ceritat rakan tersebut di Facebook terpulanglah kepada anda untuk mempercayai. Apa yang logik di sini adalah ada juga benarnya kemalangan boleh berlaku sekiranya seseorang itu bertindak agresif kerana gangguan makhluk halus apabila mendengar ayat-ayat Ruqyah yang dikatakan ayat-ayat untuk mengesan jin dalam badan.

0 Response to "Jangan Pasang Ayat-Ayat Ruqyah Dalam Kereta Anda"

Post a Comment