MALAPETAKA Menimpa Anak Timbalan Perdana Menteri Malaysia


Kajang - Anak kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Nurul Hidayah telah mengalami kerugian sebanyak RM25,000 setelah kediamannya dipecah masuk pada 15 Disember lalu. Kediaman Datuk Nurul Hidayah terletak di Country Height Kajang itu telah dipecah masuk pada 10 pagi. Lapor therakyatpost.

Ketika kejadian tersebut berlaku, suami Datuk Nurul Hidayah berada di rumah mereka ketika itu. Hasil siasatan, Ketua Polis Daerah Kajang, Superitendan Abdul Ghani mengesahkan sekurang-kurangnya dua perompak yang terlibat di dalam kejadian terbabit.

Pihak polis juga percaya perompak ini berjaya memecah masuk dan menyelinap keluar dari rumah tersebut tanpa disedari oleh penghuni. Suami kepada Datuk Nurul Hidayah yang menyedari perkara tersebut segera membuat laporan polis pada jam 11 pagi.

Kejadian ini telah disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah.


0 Response to "MALAPETAKA Menimpa Anak Timbalan Perdana Menteri Malaysia"

Post a Comment