Semalam kecoh di laman sosial apabila beberapa penduduk di persisiran pantai di Selatan Thailand menemui satu serpihan pesawat yang begitu besar berukuran 2 meter lebar dan 3 meter panjang. Pengguna laman sosial di Malaysia mula mengaitkan penemuan itu dengan pesawat MH370 yang telah hilang hampir dua tahun yang lalu.
Berhubung dengan perkara tersebut, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) telah menghubungi pihak berkuasa Thailand dan juga pasukan penyiasat yang relevan bagi menyiasat serpihan pesawat terbabit. Malaysia Airlines, Kementerian Pengangkutan dan juga DCA telah dihantar ke Thailand bagi mendapatkan maklumat tentang serpihan pesawat itu bagi menjawab segala persoalan yang telah ditimbulkan oleh rakyat Malaysia yang menyangka serpihan pesawat tersebut milik Malaysia Airlines iaitu pesawat Boeing777 MH370.
Daripada butiran laporan tersebut, Datuk Seri Liow Tiong Lai sebulat suara memaklumkan bahawa serpihan pesawat yang ditemui di persisiran pantai di Selatan Thailand terbabit bukan milik pesawat MH370.
Pada 8 Mac 2014, pesawat Malaysia Airlines jenis Boeing777 MH370 telah dilaporkan hilang dan masih tidak dijumpai sehingga hari ini. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) besar-besaran telah dilakukan di Laut Hindi yang dikatakan kawasan yang berkemungkinan pesawat terbabit terhempas selepas melencong dari laluan asalnya. Pesawat yang membawa 239 penumpang dan 12 anak kapal terbabit dijadualkan ke China namun telah hilang dari radar ketika berada di dalam kawasan udara Vietnam.
"Doa dan ingatan kami sentiasa bersama penumpang-penumpang dan krew-krew MH370". kata Liow Tion Liaw.
0 Response to "(UPADATE) Bangkai Pesawat #MH370 Ditemui Di Pantai Thailand?"
Post a Comment