Nama Salleh Yaakob sememangnya tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air. Pelawak dan juga pelakon popular yang begitu dihormati ini amat dikenali dengan kisahnya bermadu empat.
Namun, pelakon berusia 55 tahun tersebut dikatakan telah berpisah dengan isteri keduanya, Nor Raha Hamad selepas Aidilfitri tahun lalu. Dia menerima penceraiannya dengan isterinya yang berusia 47 tahun itu sebagai ketentuan daripada Allah SWT.
“Saya sudah berusaha memperbaiki keadaan sebagai suami dan ketua rumah tangga. Saya sudah mengingatkannya yang anak kami sudah besar dan dia sepatutnya menunjukkan teladan yang baik kepada mereka untuk memujuknya.
Walaubagaimana pun, dengan alasan pelakon terbabit tidak berlaku adil, isteri keduanya itu tetap inginkan penceraian tersebut.
Difahamkan, keretakkan rumah tangga mereka bermula sejak 2014 lagi sebelum penggambaran program Romantika dilakukan di Melaka.
Masalah ini mulai muncul selepas dia (Nor Raha) pergi majlis perjumpaan rakan sekolahnya. Tambah Salleh Yaakob lagi dia tidak menafikan bahawa punca penceraian mereka adalah kerana orang yang ketiga.
Menurut Salih, selepas selesai tempoh edah, Nor Raha terus bernikah dengan lelaki lain.
Menurut Salih, selepas selesai tempoh edah, Nor Raha terus bernikah dengan lelaki lain.
“Saya sudah menasihatinya, namun dia enggan menerima dan terus mendesak saya untuk menjatuhkan talak kepadanya. Tidak mahu pereka menjadi semakin buruk, lebih baik saya turutkan saja kemahuannya."
"Hatinya sudah tawar untuk saya, tiada guna lagi jika saya berkeras memaksanya. Mungkin hanya setakat itu jodoh kami. Saya harap anak-anak dapat menerima apa yang berlaku dan dia bahagia dengan jalan baru yang dipilihnya."
Salih dan bekas isteri keduanya itu telah mendirikan rumah tangga selema 23 tahun. Mereka dikurniakan lima cahaya mata yang berusia 22 hingga 13 tahun dan seorang cucu.
Daripada keempat-empat perkahwinannya, Salih dikurniakan 13 anak. Tiga lagi isterinya iaitu Norlizah Mamat, 51, Norfara Wahida Sulaiman, 37, dan Samihah Syeikh Ali, 29, masih kekal bersamanya.
0 Response to "Punca Salleh Yaakob Bercerai Dengan Isteri Kedua?"
Post a Comment