Baru-baru ini dunia hiburan tanah air kecoh dengan isu Uqasha Senrose yang dikatakan membuka tudungnya dan berpakaian yang agak seksi ketika bercuti bersama kekasih hatinya Iqram Dinzly di sebuah pulau di Thailand.
Ditanya oleh seorang wartawan mengenai perkara tersebut, Iqram Dinzly tampil dengan jawapan berikut:
"Saya minta maaf, saya hanya mampu katakan no comment mengenai gambar percutian itu dan tidak boleh beri kerjasama. Sahih atau tidak sahih, biarlah Allah menghukumnya kerana kita sebagai manusia sesama manusia seharusnya sebaik mungkin menutup aib sendiri, inikan pula aib orang lain”
"Saya bukanlah malaikat atau pun maksum yang tidak melakukan kesilapan. Saya harap semua pihak tidak membesar-besarkan perkara ini. Biarlah apapun pandangan atau stigma orang lain."
"Saya memaafkan sebarang fitnah yang dilontarkan oleh mana-mana individu sebagai hamba Allah yang Maha Pengampun."itulah jawapan yang diberikan oleh Iqram Dinzly kepada m-Star online.
0 Response to "Perkara Yg Dilakukan Iqram Selepas Aib Kekasihnya Uqasha Dibuka Luas Dan Dimalukan Orang Ramai"
Post a Comment