Lelaki Tunggang Motor Bawa Wang Tunai RM1.6 Juta Disamun 11 Suspek


Seorang lelaki yang merupakan kakitangan sebuah syarikat pengedaran emas melalui hari yang paling hitam dalam hidupnya apabila wang tunai sebanyak RM1.6 juta yang dibawanya untuk didepositkan telah dirompak ketika dalam perjalanan ke Taman Desa untuk memasukkan wang terbabit di dalam bank.

Difahamkan lelaki yang berusia 32 tahun terbabit hanya menunggang motosikal dan diekori oleh pengawal keselamatan syarikatnya dari belakang yang juga menunggang motosikal. Mereka telah diserang oleh 11 suspek dalam kejadian itu di mana suspek terlebih dahulu menyerang pengawal keselamatan terbabit sehingga terjatuh dari motosikalnya. 

Kemudian mangsa telah diserang oleh 11 orang suspek yang menaiki kereta dan 5 orang menunggang motosikal. Mereka mengacu pistol dan juga pisau terhadap suspek sebelum melarikan beg galas suspek yang mengandungi wang tunia 1.6 juta hasil perniagaan syarikat emas terbabit dari Jumaat hingga hari Khamis tersebut.

Menurut Ketua Polis Brickfield, Asisten Komisioner Shahrul Othman Mansur, anggota yang ditugaskan untuk menyiasat kes ini telah menemui sebuah kereta milik suspek di Jalan Kuchai Lama dipercayai telah ditinggalkan selepas kejadian tersebut.

0 Response to "Lelaki Tunggang Motor Bawa Wang Tunai RM1.6 Juta Disamun 11 Suspek"

Post a Comment