gambar hiasan |
Penulis ada terbaca tentang berita ini di akhbar tempatan yang begitu terkenal. Di mana seorang suami telah bertindak nekad membunuh isterinya pada malam pertama mereka. Dikatakan si isteri 'tidak berdarah' pada malam pertama dan si suami beranggapan isterinya telah menipunya.
Sebenarnya, perkara seperti bukanlah perkara yang jarang didengari jika kita berada di Pakistan atau pun Bangladesh. Sudah ramai wanita yang tidak berdarah pada malam pertama telah dibunuh atau dibakar oleh suami. Malah ada yang dibunuh oleh bapa atau abang sendiri kerana mereka menganggap perkara tersebut menjatuhkan maruah keluarga.
Bagi penulis perkara seperti itu adalah tidak wajar dan amat kejam. Mengapa? Hal ini kerana, seseorang wanita boleh pecah selaput daranya bukan hanya melalui aktiviti seks. Aktiviti bersukan yang agak lasak juga boleh menyebabkan selaput dara seseorang wanita terkoyak.
Bukan itu sahaja, ada juga kebarangkalian jika gadis tersebut telah dirogol. Mereka mungkin takut untuk menceritakan peristiwa hitam tersebut kepada bakal suami mereka. Dan jika benar dia telah melakukan zina sekali pun, dari sudut agama Islam seseorang wanita tidak wajib menceritakan segala perkara buruk yang pernah dilakukannya kepada suami jika ditanya oleh suami. Si suami hanya boleh bertanya kepada kawan-kawan atau sesiapa yang mengenali bakal isterinya begitu rapat selepas bertunang untuk mengetahui latar belakang peribadi bakal isterinya.
Malah, ada juga fakta mengatakan bahawa tidak semua wanita dilahirkan dengan selaput dara. Statistik yang dikeluarkan berdasar satu kajian yang telah dilakukan oleh para saintis mengatakan bahawa 1 dari 1000 wanita dilahirkan tanpa selaput dara.
0 Response to "KEJAM! Suami Bunuh Isteri Pada Malam Pertama Kerana "Tidak Berdarah""
Post a Comment