Hukum Membesarkan Payudara Dalam Islam



Pertanyaan ini telah diutarakan kepada Ustaz Love iaitu, hukum membesarkan payu dara di dalam Islam. Soalan ini agak sensitif namun harus diambil tahu agar tidak berlaku sebarang kemusykilan bagi kaum muslimah.

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada addeen :

“ustaz , saya nak tanya hukum fiqh berkaitan hukum seseorang wanita membesarkan payu dara adakah haram kerana mengubah ciptaan Tuhan, jadi bagaimana pula dengan produk kosmetik seperti ombak besar dan lain-lain yang berada di pasaran? Adakah  boleh digunakan atau haram?"
"Apa bezanya produk-produk kosmetik untuk tujuan membesarkan payu dara jika dibandingkan dengan kaedah menggunakan suntikan bagi mendapatkan hasil yang diinginkan dari sudut agama Islam? Terima kasih.“




Ataupun jika payudara terlalu besar sehingga menyebabkan sesak nafas ataupun selalu nak tersembam (sbb terlalu berat), maka haruslah melakukan pembedahan untuk mengecilkannya.


Kiranya, kalau ada maslahah dari sudut perubatan (dan disahkan doktor tiada kesan sampingan yg membahayakan), maka haruslah melakukannya.



Secara ringkasnya, apa yang penting adalah mendapat nasihat pakar perubatan yang diiktiraf terlebih dahulu. Hal ini kerana, ada kemungkinan jika sesuatu produk tidak memberi masalah kepada orang lain tetapi ia memberi masalah kepada kita.

WA



Jadi konklusi yang penulis dapat buatkan daripada jawapan Ustaz Love ini adalah seperti berikut:

  1. Mengubah kejadian tuhan tanpa niat dan sebab yang kukuh adalah tidak dibenarkan.
  2. Niat melakukan sesuatu menentukan hukum dalam tindakan kita namun niat tidak menghalalkan cara sekiranya cara tersebut jelas salah di sisi agama.
  3. Membesarkan payu dara bagi menambat hati suami tidak diharamkan selagi cara yang digunakan tidak memudaratkan.
Itulah sedikit sebanyak yang penulis dapat simpulkan, nak tulis banyak-banyak pun penulis bukannya pandai sangat, dan ini sememangnya bukan bidang penulis. Tapi setidak-tidaknya kita perlu tahu hukum-hukum agama seperti ini agar tidak terbabas dari landasan. 

0 Response to "Hukum Membesarkan Payudara Dalam Islam"

Post a Comment