Seorang lelaki yang baru sahaja selesai berkahwin telah dirakam oleh CCTV dalam keadaan tanpa seurat benang dalam keadan terikat pada tiang lampu di tengah jalan. Difahamkan, ini merupakan tradisi pelik sesetengah masyarakat di China kepada pengantin yang baru sahaja berkahwin.
Pengantin lelaki terbabit diikat pada tiang lampu ditengah-tengah jalan raya oleh rakan-rakannya sebelum mereka bertindak membaling telur dak kek kepada pengantin terbabit. Tradisi ini dinamakan sebagai "marriage teasing" atau gurauan perkahwinan.
Kejadian ini menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas di kawasan terbabit kerana orang ramai memperlahankan kenderaan untuk melihat apa yang berlaku. Malah beberapa kereta mereka yang terlibat yang diletakkan pada bahu jalan menyebabkan orang ramai sukar melalui jalan tersebut. Mereka pula menutup nombor pendaftaran kereta dengan kain merah.
Inilah salah satu tradisi pelik yang tidak bertamadun berlaku di China. Perkara ini telah dirancang oleh rakan-rakan sebagai gurauan kepada pengantin tapi sebenarnya ia menyusahkan orang ramai. Difahamkan pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap mereka.
0 Response to "Tradisi Perkahwinan Aneh Di China"
Post a Comment