25 Gambar Peribadi Guru Tersebar


Seorang guru di Qichun City terpaksa mengambil cuti dari mengajar selepas 25 keping gambar peribadinya tersebar di internet. Difahamkan, gambar tersebut telah disebarkan seorang indiviru yang tidak bertanggungjawab.

Gambar peribadi miliknya itu telah diambil melalui komputer riba guru wanita berkenaan sama ada secara curi-curi atau pun dengan cara menggodam. Pada awalnya gambar tersebut telah tersebar menerusi group Qichun City Netizen Club di laman Facebook sebelum tersebar secara meluas.

Guru wanita terbabit telah membuat laporan polis terhadap kejadian tersebut dan memohon cuti dari mengajar kerana tidak tahan dengan malu yang menimpa.

0 Response to "25 Gambar Peribadi Guru Tersebar"

Post a Comment