Pada Jumaat lalu ketika gempa bumi melanda Sabah, Lapan orang guru dari Sekolah Rendah Tanjong
Katong Singapura bertindak nekad untuk korbankan diri melindungi nyawa 29 orang murid-muridnya dari dihempap batuan gunung ketika itu dalam satu ekspedisi di Gunung Kinabalu.
Perkara berani yang dilakukan oleh guru tersebut telah diceritakan oleh murid-murid yang terselamat dari ekspedisi tersebut sendiri kepada ibu bapa mereka. Mereka bertindak sebagai perisai demi melindungi anak murid mereka yang mereka sayangi daripada batu gunung dan batu bata yang menggelosor turun dari gunung, lapor majalah tempatan 'TODAY'.
Kisah tragis ini telah menjadi viral di Singapura dan ramai pihak memuji tindakan lapan guru terbabit yang begitu berani. Malah ibu bapa para pelajar darjah enam yang terlibat di dalam ekspedisi tersebut melabelkan guru-guru terbabit sebagai 'hero' sebenar.
"Ketika gempa berlaku, guru-guru mengarahkan kami semua berkumpul satu tempat. Mereka kemudian membuat perisai untuk melindungi kami semua."Itulah yang diceritakan adik Tristan, 12 tahun kepada ibunya Alec Wing tentang tragedi sebenar yang berlaku.
Dia juga menceritakan bagaimana dia pada hari kejadian begitu teruja untuk memulakan pendakian gunung yang tertinggi di Asia Tenggara tersebut sebelum malim gunung menjerita dan memberi amaran. Apabila bongkah batu mula jatuh, semua pelajar duduk memeluk lutut dan guru mula melindungi mereka. Dia dapat merasakan bongkah batu terkena pada begnya.
3 jam selepas kejadian runtuhan batu tersebut berlaku, barulah para murid-murid dan guru-guru mereka menuruni gunung tersebut bersama malim yang lain. Guru-guru yang terlibat di dalam ekspidisi telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan begitu baik malah mereka melakukan lebih daripada tanggungjawab mereka.
Gambar di atas adalah gambar lapan guru dan 29 murid darjah enam dari Sekolah Rendah Tanjong Katong Singapura yang terlibat di dalam ekspedisi Gunung Kinabalu pada Jumaat lalu.
0 Response to "TRAGIS! Guru Korbankan Diri Demi Lindungi Murid Dihempap Batu Gunung"
Post a Comment