Pengguna Twitter dari negara Malaysia pada hari ini (10 Jun 2015) menimbulkan pelbagai reaksi apabila "PM Najib" tiba-tiba menjadi trending di laman sosial tersebut. Oleh kerana beberapa kontroversi timbul sejak kebelakangan ini ditambah pula dengan tragedi gempa bumi yang melanda negeri Sabah mungkin menjadi faktor kepada 'Pm Najib' menjadi trending di Twitter.
Sistem trending di Twitter dinilai berdasarkan kekerapan sesuatu hashtag (#) atau perkataan tersebut digunakan di dalam tweet-tweet yang dikongsi oleh para pengguna Twitter tidak kira dari negara mana sekali pun. Memandangkan Twitter merupakan satu laman sosial yang berskala global, adalah sesuatu yang begitu besar jika perkara itu menjadi trending di laman tersebut.
Maka, antara persoalan yang timbul adalah bagaimana "PM Najib" boleh menjadi trending di laman Twitter. Pada hari Jumaat lalu, 5 June 2015, satu program yang bertajuk "Nothing To Hide" dianjurkan oleh Datuk Seri Najib dengan tujuan utama untuk menjawab segala persoalan yang dikemukan oleh para hadirin pada hari tersebut. Walau bagaimanapun, program yang turut dihadiri oleh Tun Dr. Mahathir tersebut tidak dapat dihadiri oleh Datuk Seri Najib sendiri atas faktor keselamatan berdasarkan nasihat yang diberikan oleh Ketua Polis Negara.
Jom kita lihat beberapa reaksi dari rakyat Malaysia apabila "PM Najib" menjadi trending di Twitter pada hari ini.
Jelas sekali, pelbagai reaksi yang bercampur baur diberikan oleh pengguna laman Twitter dari Malaysia mahupun dari negara lain terhadap perkara tersebut.
0 Response to "'PM Najib' Kini Trending Di Twitter"
Post a Comment