Persendakan al-Quran, Gadis Ini Terima Azab Ngeri

Sebagai umat Islam, sebagai sudah semestinya mengetahui bahawa melakukan perkara mungkar dan maksiat adalah dilarang oleh Allah SWT. Di mana telah banyak Allah SWT menceritakan di dalam al-Quran tentang umat-umat sebelum ini yang telah dibinasakan dan ditimpa azab oleh kerana mengikari perintah rasul-rasul yang telah dihantarkan kepada mereka. Mereka bukan sahaja mengabaikan perintah rasul, malah mereka bertindak lebih biadap dengan mencabar kuasa Allah SWT sebagaimana yang dilakukan Firaun yang menganggap dirinnya sebagai tuhan di mana akhirnya  Allah menamatkannya di dalam Laut Merah semasa zaman nabi Musa.

Pada darsawarsa ini, di mana kita berada peringkat dunia yang dikatakan dunia akhir zaman ini, turut tidak ketinggalan daripada munculnya individu mahupun kumpulan yang mempersendakan agama Islam. Malah bilanganya mungkin begitu ramai, cuma ada yang kita tahu dan ada yang kita tidak tahu. 

Pada artikel ini, penulis ingin kongsikan satu informasi yang diterima dari laman sosial yang mengatakan seorang gadis yang mempersendakan al-Quran dengan meletakkan helaian al-Quran pada kemaluan menerima azab seksa yang begitu ngeri, Jom lihat gambar di bawah:


Itulah gambar yang berlegar-legar di medai sosial di mana menceritakan bagaimana seorang gadis yang mempersendakan agama Islam dengan meletakkan helaian al-Quran pada kemaluannya (gambar sebelah kanan). Kemudiannya, dia menerima azab yang begitu ngeri di mana kemaluannya membengkak dengan begitu besar sekali (gambar sebelah kiri). 

Kendati pun begitu, penulis sendiri tidak dapat memastikan sama ada perkara ini sahih ataupun tidak. Kerana sumbernya hanylah media sosial yang mana semua perkara yang dikongsi oleh para pengguna tidak boleh dipercayai seratus peratus. Tambahan pula pada hari ini dengan teknologi yang serba canggih, gambar-gambar lebih mudah disunting dan suntingan yang dibuat sukar dikenalpasti.

Walau apa pun, tidak kira sama ada perkara ini benar ataupun tidak, ditegaskan di sini, mereka yang mempersendakan agama Allah dan mencabar kuasa Allah, pasti akan ditempa azab dari Allah SWT.

0 Response to "Persendakan al-Quran, Gadis Ini Terima Azab Ngeri"

Post a Comment