LIHATLAH SENDIRI Apa Yang Terjadi Di Kawasan Paling Panas Di Amerika Ini


Boleh tak agak-agak anda bayangkan apa yang terjadi di sekitar kawasan yang terlampau panas? Admin rasa pastinya anda semua dapat bayangkan suasananya yang kering kontang tanpa tumbuhan dan air serta binatang-binatang berkeliaran. Dekat mana ni? Gurun Sahara ke? Ingat kalau tempat suhu panas Gurun Sahara je ke. Haa ... Ni admin nak dedahkan lagi satu tempat yang sememangnya memiliki suhu yang tinggi sehinggakan telur pun boleh masak apabila pecah di tengah jalan.

Tempat ini dinamakan The Death Valley National Park, letaknya di selatan California, Amerika Syarikat. Nak dijadikan cerita, untuk menguji tahap kepanasan kawasan selatan California tersebut, kakitangan The Death Valley Park ini telah membuat satu eksperimen dengan cubaan untuk menggoreng telur menggunakan kepanasan cahaya matahari di kawasan tersebut.

Eksperimen tersebut dikatakan telah berjaya malah menjadi ikutan para pengunjung yang menggoreng telur di merata tempat, mengotorkan kawasan tersebut. Sebuah video yang dimuat naik di laman YouTube menunjukkan bagaimana telur tersebut mampu untuk digoreng dalam masa beberapa minit sahaja dengan hanya menggunakan cahaya matahari semata-mata.


0 Response to "LIHATLAH SENDIRI Apa Yang Terjadi Di Kawasan Paling Panas Di Amerika Ini"

Post a Comment