Usama al-Qaswi ketika membuat kenyataan di stesen televisyen al-Arabiya
Bila dah dunia akhir zaman ni macam-macam benda tak betul dah yang jadi. Yang pada asalnya sudah pun berada di landasan yang benar sengaja-sengaja kita sesatkan. Pandai-pandai pulak tu nak buat fatwa pelik-pelik. Jadi, bagi yang beragama Islam kita mestilah mengukuhkan iman kita sekuat-kuatnya agar tidak terpesong ke jalan yang dimurkai Allah S.W.T.
Terbaru di Mesir, seorang ulama mengeluarkan fatwa menghalalkan lelaki mengintai perempuan waima sewaktu mandi sekalipun. Kata 'ulama' tersebut iaitu Usamah Al-Qaswi, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, jika seseorang lelaki dapat melihat sesuatu yang akan membuatnya mahu menikahi seseorang perempuan, ia boleh dibenarkan.
Kenyataan yang benar terpesong itu dikecam hebat oleh ijmak ulama di Mesir serta pihak kerajaan. Menteri Agama Mesir, Mohammad Mukhtar berkata, sangat tidak boleh diterima jika lelaki mengintai wanita di bilik mandi walaupun tujuan akhirnya adalah untuk menikahi wanita tersebut. Kata Mukhtar lagi, "Jika fatwa Usamah itu benar belaka, apakah nasib yang bakal menimpa anak-anak gadis kita?"
sumber : http://terbakor.com/
0 Response to "BIAR BETOL!! 'Ulama' Mesir Keluarkan Fatwa Menghalalkan Lelaki Intai Wanita Mandi"
Post a Comment