MESTI TENGOK! Budak 18 Bulan Tertusuk Penyepit Dari Mulut Tembus Ke Otak



Seorang kanak-kanak di China melalui detik yang pahit dalam hidupnya apabila dia tertusuk penyepit ke dalam mulutnya dan tembus sehingga ke dalam otak.

Li Kaiyi, 18 bulan dikatakan jatuh tersadung ke hadapan ketika penyepit masih berada di dalam mulut. Ini menyebabkan penyepit tersebut tembus melalui lelangit sehingga memasuki 2cm ke dalam tisu otak.

Seorang kanak-kanak di China terpaksa melalui pembedahan otak kecemasan selepas dia tertusuk penyepit di dalam mulutnya semasa berjalan.

Kanak-kanak itu berada di rumah seorang temannya di Yueyang di Hunan Province, China selepas makan malam apabila kemalangan ini berlaku.

Pakar Bedah Liu Jinfang berkata: 'penyepit itu telah tertusuk sedalam 2cm ke dalam tisu otak, dan beliau amat bernasib baik kerana penyepit itu tidak mencederakan batangotak atau saraf utama.'

Kanak-kanak itu dijangka akan berada di hospital dalam tempoh masa yang agak panjang untuk pemulihan penuh.




Related Posts :

0 Response to "MESTI TENGOK! Budak 18 Bulan Tertusuk Penyepit Dari Mulut Tembus Ke Otak"

Post a Comment