MESTI BACA! Nama-Nama Yang Sering Diganggu Jin


Ustaz Sharhan Shafie sememagnya cukup terkenal di Malaysia sebagai seorang pengamal perubatan dengan cara Islam. Malah dia pernah membuat rawatan santau kepada seorang pesakit secara langsung di dalam rancangan al-Kuliyyah TV3.

Dalam satu rancangan TV9 yang bertajuk 'Perubatan Islam' menampilkan Ustaz Sharhan sebagai pengacara dan memberi beberapa kaedah dalam menyembuhkan penyakit yang lazim terjadi kepada masyarakat di negara ini. Beliau turut sempat mengongsi beberapa nama yang dikatakan sering diganggu jin.

Nama-nama yang sering diganggu jin ini disenaraikan oleh Ustaz Sharhan berdasarkan statistik pesakit di pusat rawatannya. Antara nama-namanya adalah:

1. Balqis
2. Najwa
3. Qistina atau Kistina
4. Zakuan
5. Erisha
6. Batrisha

Ustaz Sharhan Shafie

Menurut beliau lagi, sesiapa sahaja yang namanya terdapat di dalam senari di atas, mereka tidak perlu menukar nama di pejabat pendaftar negara, sebaliknya hanya perlu menukar cara panggilan. Contohnya, jika namanya Siti Balqis, panggil sahaja Siti. Harus diingatkan, senarai ini bukan bermakna sesiapa dengan nama tersebut akan diganggu jin, ia dibuat berdasarkan statistik pesakit di pusat rawatan Ustaz Sharhan.

Berhubung dengan perkara ini, penceramah bebas tersohor negara, Ustaz Azhar Idrus berkata bahawa sememangnya tidak ada senarai nama yang sering diganggu jin di dalam al-Quran mahupun Hadis. Namun begitu, pandangan daripada Ustaz Sharhan Shafie ini boleh diterima pakai kerana beliau lebih arif dalam bidang tersebut. 

0 Response to "MESTI BACA! Nama-Nama Yang Sering Diganggu Jin"

Post a Comment