GEMPAR! OIC Digesa Menubuhkan Pasukan Tentera Islam?



Muktakhir ini, dunia sering dihiasi dengan berita-berita tentang kekejaman rejim Israel terhadap Palestin yang semakin zalim dan degil membedil negara Islam tersebut. Sehubungan dengan itu Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM) mencadangkan agar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menubuhkan satu ketumbukan tentera Islam yang melibatkan keanggotaan pelbagai negara Islam di seluruh dunia.

Setiausaha IKIAM, Mohd Shamsuddin Damin menjelaskan bahawa, sememangnya kita boleh mengambil pendekatan dengan cara rundingan dan diplomasi bagi menyelesaikan kemelut ini, akan tetapi dengan adanya pasuktan tentera yang dicadangkan mereka itu, sudah pasti ia akan menjadi suatu amaran kepada Israel laknatullah bahawa umat Islam bersedia mempertahankan tanah bumi Palestin.


“Pada pendapat kami juga, jihad bertahan ini wajar kerana tentera pengganas Israel mahu memusnahkan Gaza dan tanah suci umat Islam.

“Semua kriteria menggerakkan jihad bertahan seperti dijelaskan dalam al-Quran dan hadis Rasulullah SAW telah dilanggar tentera pengganas Israel,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Sehingga kini, media melaporkan sekurang-kurangnya 121 rakyat Palestin terkorban manakala ratusan lagi cedera, selain masjid, sekolah dan ratusan rumah musnah akibat serangan bertubi-tubi roket tentera rejim Israel terhadap Gaza.

0 Response to "GEMPAR! OIC Digesa Menubuhkan Pasukan Tentera Islam?"

Post a Comment