ALHAMDULILLAH! Felixia Yeap Kini Sah Beragama Islam Dan Memilh Nama Islamnya Sebagai...



Pada awal minggu ini, isu Felixia Yeap akan memeluk Islam hangat diperkatan di internet sama ada di blog-blog mahupun di laman sosial. Bekas model selama  10 tahun yang cantik berbangsa  cina ini telah pun sah memeluk Islam pada 11 pagi kelmarin di suatu tempat yang dirahsiakan.

Menurut sumber, tiada seberang liputan media diadakan ketika upacara pengislaman Felixia Yeap. Dia memilih nama Islamnya sebagai "Rania" yang bermaksud "pemimpin yang mempersonakan". Namun begitu, dia akan mengekalkan nama cina yang telah diberi oleh ibunya dan mempunyai maksud yang elok-elok sahaja.

"Dan pada hari ini, iaitu hari yang amat bersejarah dalam hidup saya. Saya akan menjadi seorang Islam secara sah iaitu pada 3 Julai 2014, bersamaan dengan 5 Ramadhan 1435."
"Saya yang telah Islam di hati (tanpa disedari), kini akan mengucapkan 2 kalimah syahadah di hadapan keluarga terdekat saya, dan juga kenalan yang telah acapkali menyokong dan memberi galakkan kepada saya agar terus istiqamah."
"Tidak akan ada media yang hadir."
"Hari ini bukanlah hanya Hari Lahir saya sahaja. Malah juga Hari Kelahiran Semula saya. Hari saya kembali jua akhirnya kejalan yang benar selepas 28 tahun mencari jalan pulang."

0 Response to "ALHAMDULILLAH! Felixia Yeap Kini Sah Beragama Islam Dan Memilh Nama Islamnya Sebagai..."

Post a Comment